Wednesday, March 16, 2011

hepi besday cayang ucuk...

salam,
 hari ni dah genap setahun anak ibu..sekejap jer masa berlalu...nk ikut tahun lepas, masa ini...aqeef baru jer dapat tgk dunia ciptaan Allah...betapa Agung nya ciptaan Allah ni...menciptakan manusia hanya dari percantuman setitis air mani...saat2 melahirkan Aqeef masih segar di ingatan ibu..sakit2 contraction bermula sekitar kul 2pg....kul 6pg hospital..kul 7pg masuk labour room..dan kul 10,lahirlah MUHAMMAD AQEEF AFFAN...insan yg dikandung oleh ibu selama 9 bulan...

pengalaman mengandungkan Aqeef..Alhamdulillah, tidak menimbulkan banyak masalah..cuma yang biasa2 sajer di awal mengandung tu..ibu masih dok berulang ke KL masa preggy tu..sepanjang jalan Aqeef menemani ibu..semasa aqeef berusia 7 bulan, ibu dikejutkan dengan surat tawaran kerja..Alhamdulillah,ini rezeki mu anak..lama dah ibu menantikan jawapan ini..ya, ini memang untuk mu..gembira nya hati tidak terkira...aku bersyukur ke Hadirat Mu Ya Allah..kerana telah memakbulkan doa hamba mu ini..

2 minggu selepas melahirkan Aqeef, ibu dipanggil untuk melaporkan diri di tempat baru...dalam keadaan yg masih dalam keadaan berpantang..ibu gagahkan diri ini untuk melaporkan diri...ketahuilah anak,ibu buat semua ini hanya kerana Aqeef..ibu kuat demi Aqeef..2 bulan ibu berpantang...dan tengok Aqeef membesar di depan mata...Ya Allah,aku begitu teruja..dan bahagia sesangat..


selepas habis berpantang,Aqeef terpaksa diletakkan di bawah jagaan pengasuh...ibu menangis nak...untuk melepaskan Aqeef bersama ngn org lain..satu beban bagi ibu..ibu tawakkal dan redha dengan ketentuan Allah..ibu memulakan kerja ibu di tempat baru dan menjawat jawatan baru...walaupun setiap masa memikirkan aqeef..sebulan berkerja,satu perkhabaran yang kurang enak...ibu terpaksa berpisah ngn anak ibu ni selama 2 bulan lebih..MasyaAllah..hukuman apakah ini..dalam keadaan Aqeef yang masih kecil dan masih menyusu badan...bagaimana untuk ibu meninggalkan Aqeef..bagaimana..dalam keadaan terpaksa dan dipaksa,ibu terpaksa melangkah pergi demi untuk masa depan ibu..tidak berniat untuk saja2 meniggalkan Aqeef...ketahuilah oleh mu anak..


2 bulan lebih ibu menanggung keperitan,kepayahan dan kesusahan hidup...saat ini,ibu dapat menilai setiap detik waktu dan masa adalah amat bernilai bagi kita...jangan lah disia2 kan...perpisahan sementara yang amat meruntun jiwa..dan memerlukan pengorbanan yg amat dalam...hati ibu setiap detik terkenangkan mu anak..apakah kau juga terkenangkan ibu mu ini?....

setelah mengharungi perpisahan selama 2 bulan lebih..ibu kembali kepada Aqeef...ini lah waktu yang ibu nantikan...memeluk anak kesayangan ibu..tp ibu kembali sedih sebab Aqeef asyik menangis dan tidak mau bersama ngn ibu...adakah anak ibu ni sudah melupakan ibu?2,3 ari jugak..Aqeef langsung tidak mahu bersama ibu..ibu tahu anak ibu terkilan dan sedih sbb ibu tinggal kan?tetapi,ketahui oleh mu anak...ibu tak sengaja..ati ibu lagi sedih...teramat sedih..waktu Aqeef tdo ja,ibu dpat mengambil kesempatan untuk memeluk dan mendekati Aqeef...tetapi kuasa Allah..naluri ibu dan anak..akhirnya bersatu..Alhamdulillah..ibu berjaya menawan kembali hati Aqeef untuk bersama ibu kembali..

ibu dapat melihat perkembangan dan pembesaran Aqeef di mata ibu..terima kasih sbb menjadi anak yang baik kepada ibu..terima kasih sbb sudi menjadi sebahagian dari ibu..

No comments:

Post a Comment